Tuesday, September 15, 2009
KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA
Antara keturunan Dato' Panglima Kinta yang lain ialah adik-beradik ibu saya (Che Salmah binti Abdul Ghani) iaitu Che Noll Azlah binti Abdul Ghani, Che Chau (Norasyikin binti Abdul Ghani), Che Mustafa binti Abdul Ghani, Che Asmah binti Abdul Ghani, Che Tak (Fadhilah) binti Abdul Ghani. Tapi di dalam kad pengenalan ada di antara nama-nama mereka tidak diletakkan Gelaran Che tersebut. Che Noll Azlah berkahwin dengan Zulkafli Johari dari negeri Sembilan dan berketurunan Siam. Che Mustafa berkahwin dengan Nor Ain dari Setiawan Perak. Nor Ain juga berketurunan Wan. Che Tak berkahwin dengan Affendi dari Kampung Dobi Perak dan Affendi sudah meninggal dunia dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dobi. Dalam kawasan perkuburan ini juga terdapat Makam Raja-Raja Melayu Negeri Perak. Affendi juga adalah sepupu kepada Che Tak (Fadhilah). Che Asmah tidak berkahwin dan menjaga Opah Su sehinggalah Opah Su meninggal dunia baru-baru ini. Che Chau sudah meninggal dunia ketika saya dan emak saya mempersiapkan diri belajar kursus Haji di Masjid Kg. Pandan Dalam Selangor. Kalau tidak kami pergi Haji bertiga. Seorang lagi anak Opah Su mati semasa kecil. Semuanya ada 7 orang adik beradik bagi Che Salmah binti Abdul Ghani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment