Tuesday, September 15, 2009

KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA

Keluarga Affendi dan Che Tak (Fadhilah) terdiri daripada empat orang anak. Tiga lelaki dan satu perempuan. Anak yang sulung ialah Kak Chau (Freeza) berkahwin dengan seorang jejaka dari Taiping yang bekerja di TV3 yang saya gelarkan Abang Chau. Anak kedua ialah Nyah Qadri (Khairul Qadri). Anak ketiga Zuan (Khairul Ridwan). Anak keempat lelaki nama dia akan saya berikan kemudian.

Keluarga Noll Azlah binti Abdul Ghani dan Zulkafli Johari pula terdiri daripada 3 orang anak. Dua perempuan dan satu lelaki. Anak sulung bernama Norzahirah binti Zulkafli. Anak kedua Muhammad Zhariff Akram bin Zulkafli. Anak ketiga ialah Norzayyanna binti Zulkafli.

Keluarga Mustafa bin Abdul Ghani dan Nor Ain pula ialah Mohd Najib bin Mustafa. Najidah binti Mustafa (sudah berkahwin dan mempunyai anak), Nazrin bin Mustafa dan Nazmin bin Mustafa.

Keluarga Che Salmah binti Abdul Ghani dan Ismail bin Shamsudin sudah diberitahu sebelum ini.

KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA

Antara keturunan Dato' Panglima Kinta yang lain ialah adik-beradik ibu saya (Che Salmah binti Abdul Ghani) iaitu Che Noll Azlah binti Abdul Ghani, Che Chau (Norasyikin binti Abdul Ghani), Che Mustafa binti Abdul Ghani, Che Asmah binti Abdul Ghani, Che Tak (Fadhilah) binti Abdul Ghani. Tapi di dalam kad pengenalan ada di antara nama-nama mereka tidak diletakkan Gelaran Che tersebut. Che Noll Azlah berkahwin dengan Zulkafli Johari dari negeri Sembilan dan berketurunan Siam. Che Mustafa berkahwin dengan Nor Ain dari Setiawan Perak. Nor Ain juga berketurunan Wan. Che Tak berkahwin dengan Affendi dari Kampung Dobi Perak dan Affendi sudah meninggal dunia dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dobi. Dalam kawasan perkuburan ini juga terdapat Makam Raja-Raja Melayu Negeri Perak. Affendi juga adalah sepupu kepada Che Tak (Fadhilah). Che Asmah tidak berkahwin dan menjaga Opah Su sehinggalah Opah Su meninggal dunia baru-baru ini. Che Chau sudah meninggal dunia ketika saya dan emak saya mempersiapkan diri belajar kursus Haji di Masjid Kg. Pandan Dalam Selangor. Kalau tidak kami pergi Haji bertiga. Seorang lagi anak Opah Su mati semasa kecil. Semuanya ada 7 orang adik beradik bagi Che Salmah binti Abdul Ghani.

Monday, September 14, 2009

KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA

Saudara-mara Opah Su yang berkahwin dengan Kerabat Di Raja Perak. Pertama ialah Halimatun Saadiah yang berkahwin dengan Sultan Yusof. Kedua ialah Raja Takyah anak saudara Opah Su juga berkahwin dengan Sultan Yusof. Ketiga anak Tok Seriwangsa, Khatijah juga berkahwin dengan Sultan Yusof.

KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA

Adik-beradik Opah Su atau Che Noon atau Che Robaah atau Che Robeah pula ialah: Pertama Rafeah bin Alang Abdul Rahman;Kedua Halimatun Saadiah berkahwin dengan Sultan Yusof dari Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan;Ketiga Mohd Nordin bin Alang Abdul Rahman bekerja Telekom Malaysia dan ditawarkan semula pangkat Dato' Panglima Kinta oleh Sultan Perak berdasarkan keturunannya adalah keturunan Dato' Panglima Kinta tapi menolak tawaran itu. Mohd Nordin bin Alang Abdul Rahman adalah bapa kepada Norimah binti Mohd Nordin;Keempat Che Pah binti Alang Abdul Rahman iaitu Mak kepada Kak Mun Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor;Kelima Fatima binti Alang Abdul Rahman tetapi mati semasa kecil;Keenam Mohd Rasid bin Alang Abdul Rahman yang juga mati semasa kecil;Ketujuh Robaah binti Alang Abdul Rahman (Che Noon atau Robaah atau Robeah atau Opah Su iaitu Opah yang Bongsu).

KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA

Adik-beradik saya ialah Mohd Azlan bin Ismail, Siti Aishah binti Ismail, Syamnirul Issal bin Ismail, dan Ilyas bin Ismail. Mohd Azlan bin Ismail berkahwin dengan Afifah (dari Kelantan) dan mendapat seorang anak bernama Adam pada tahun ini dalam bulan April 2009. Adam adalah cucu pertama emak saya (Che Salmah binti Abdul Ghani). Siti Aishah binti Ismail berkahwin dengan Nik (dari Kelantan juga) . Syamnirul Issal bin Ismail pula akan berkahwin dengan seorang gadis dari Pulau Pinang pada 8 Syawal tahun 1430 Hijrah tahun ini. Tinggal saya (Mohd Sopian bin Ismail) dan Ilyas bin Ismail yang belum berkahwin.

DATO' PANGLIMA KINTA

Ibu Mohd Sopian bin Ismail iaitu Che Salmah binti Abdul Ghani bekerja di Ibupejabat Kontijen Polis, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur sebagai Kerani atau Pembantu Tadbir. Datuk Mohd Sopian bin Ismail yang bernama Abdul Ghani bin Ujang juga bekerja sebagai Polis di Polis Di Raja Malaysia. Abdul Ghani selalu ditempatkan di merata-rata daerah di sekitar Negara Malaysia. Abdul Ghani berpangkat Sarjan semasa dia bersara dari PDRM. Balai terakhir Abdul Ghani ialah Balai Polis Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan. Abdul Ghani dan Che Noon sempat menunaikan haji di Mekkah bersama-sama. Ibu Mohd Sopian bin Ismail juga sudah mengerjakan Haji bersama-sama dengan Mohd Sopian bin Ismail pada tahun 1999. Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang keempat juga mengerjakan Haji pada tahun yang sama. Haji pada tahun ini digelar Haju Kubra sebab jatuh pada hari Jumaat. Haji terakhir Nabi Muhammad S.A.W. juga jatuh pada hari Jumaat. Jadi saya dan Ibu kira beruntung mendapat Haji pada hari Jumaat. Ayah saya Ismail bin Shamsudin juga sudah dihajikan oleh ibu saya Che Salmah binti Abdul Ghani. Emak saya Che Salmah binti Abdul Ghani dilahirkan di Berek Polis Sentul Work, Kuala Lumpur pada tahun 1950 Masihi, 21 haribulan 2 (Februari). Jadi emak saya (Mohd Sopian bin Ismail) lahir di Kuala Lumpur. Emak saya (Che Salmah binti Abdul Ghani) dan bapa saya (Ismail bin Shamsudin) bertemu di Kuala Lumpur. Mereka bertemu di Kampung Baru Kuala Lumpur. Emak saya dan bapa saya bekerja di satu tempat yang sama pada masa itu iaitu di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Bapa saya kerja di bahagian akaun.

Sunday, September 13, 2009

KETURUNAN DATO' PANGLIMA KINTA

Mohd Sopian (bin Ismail bin Shamsudin bin Abdullah) ialah keturunan Dato' Panglima Kinta, Perak Darul Ridzuan dari sebelah ibunya, Che Salmah (lahir 1950) binti Abdul Ghani (lahir 1917) bin Ujang atau Mohd Taib (Keturunan Dato' Kelana Sungai Ujung Negeri Sembilan) . Che Salmah mempunyai ibu yang bernama Che Noon atau Che Rabaah atau Che Rabeah atau Opah Su (anak bongsu daripada 7 adik-beradik) binti Alang Abdul Rahman bin Panjang Kimas. Alang Abdul Rahman bin Panjang Kimas adalah waris Dato' Panglima Kinta. Bapa Mohd Sopian Ismail ialah adalah keturunan Dato' Penggawa dari Selangor. Bapa Mohd Sopian keturunan Bugis. Bapa Mohd Sopian adalah seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Kuala Selangor. Bapa Mohd Sopian lahir di Port Swettenham, Port Kelang, Selangor Darul Ehsan. Datuk Mohd Sopian yang bernama Shamsudin bin Abdullah bekerja dengan Jabatan Hutan Malaysia (FOREST). Shamsuddin mempunyai tanah yang luas di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.