Monday, September 14, 2009

DATO' PANGLIMA KINTA

Ibu Mohd Sopian bin Ismail iaitu Che Salmah binti Abdul Ghani bekerja di Ibupejabat Kontijen Polis, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur sebagai Kerani atau Pembantu Tadbir. Datuk Mohd Sopian bin Ismail yang bernama Abdul Ghani bin Ujang juga bekerja sebagai Polis di Polis Di Raja Malaysia. Abdul Ghani selalu ditempatkan di merata-rata daerah di sekitar Negara Malaysia. Abdul Ghani berpangkat Sarjan semasa dia bersara dari PDRM. Balai terakhir Abdul Ghani ialah Balai Polis Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan. Abdul Ghani dan Che Noon sempat menunaikan haji di Mekkah bersama-sama. Ibu Mohd Sopian bin Ismail juga sudah mengerjakan Haji bersama-sama dengan Mohd Sopian bin Ismail pada tahun 1999. Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang keempat juga mengerjakan Haji pada tahun yang sama. Haji pada tahun ini digelar Haju Kubra sebab jatuh pada hari Jumaat. Haji terakhir Nabi Muhammad S.A.W. juga jatuh pada hari Jumaat. Jadi saya dan Ibu kira beruntung mendapat Haji pada hari Jumaat. Ayah saya Ismail bin Shamsudin juga sudah dihajikan oleh ibu saya Che Salmah binti Abdul Ghani. Emak saya Che Salmah binti Abdul Ghani dilahirkan di Berek Polis Sentul Work, Kuala Lumpur pada tahun 1950 Masihi, 21 haribulan 2 (Februari). Jadi emak saya (Mohd Sopian bin Ismail) lahir di Kuala Lumpur. Emak saya (Che Salmah binti Abdul Ghani) dan bapa saya (Ismail bin Shamsudin) bertemu di Kuala Lumpur. Mereka bertemu di Kampung Baru Kuala Lumpur. Emak saya dan bapa saya bekerja di satu tempat yang sama pada masa itu iaitu di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Bapa saya kerja di bahagian akaun.

No comments:

Post a Comment